Thursday, 4 April 2013

JOM DIET...



JOM DIET… DO and DON’T BEFORE SLEEP
DO
5 makanan yang bakar lemak waktu tidur…
1.       Air mineral
Sebelum anda mencari makanan dalam peti ais, ada baiknya anda minum satu atau dua gelas air putih terlebih dahulu.  Ini dapat memastikan samada anda lapar atau hanya drama perut anda sahaja. Jika masih lapar, cari lah snek yang sihat.

2.       Susu
Susu dapat menbantu andatidur nyeyak pada waktu malam. Pilihlah susu rendah lemak agar ia boleh menbantu menguatkan lagi tulang anda.

3.       Kekacang
Makanan ini kaya dengan antioksidan. Ia membuat anda kenyang lebih lama sehingga tidak perlu bangun lagi di tengah malam akibat lapar. Kacang juga membantu mengawal gula dalam daah dan meningkatkan serotonin dalam badan.

4.       Bertih jagung (popcorn)
Bertih jagung adalah sumber karbohidrat kompleks yang rendah kalori. Tidak salah kalau anda makan bertih jagung di waktu malam tetapi pastikan anda tidak menuang mentega cair terlalu banyak.

5.       Gandum
Ia makanan berserat dan baik untuk penghadamam. Manfaatnya hampir sama dengan susu dan karbohidrat nya membantu meningkatkan kadar triptofan dalam darah. Pastikan anda tidak mengambil pasta dan kerepek kerana ia akan membuat anda tidak lena tidur.

DON’T
1.       Kopi
Kandungan kafein dalam kopi boleh menyukarkan anda tidur di waktu malam dan ia bersifat diuretic( selalu buang air kecil).  Ini membolehkan anda terjaga di tengah malam dan boleh menimbulkan keinginan untuk makan.

2.       Coklat
Walaupun berfungsi sebagai memberi rasa tenang tetapi ia bukanlah makanan terbaik sebelum tidur. Kandungan gula akan cepat naik dan gula darah turun sehingga  menimbulkan rasa lapar.
  
3.       Keju
Keju merupakan makanan yang tinggi lemak, kalori dan boleh membuatkan badan anda berisi. Malah ia boleh memberi gangguan terhadap perut anda.

4.       Burger.
Pasti ramai yang suka makan burger di waktu malam. Kalau boleh elakkan kerana burger mengandungi banyak kalori dan lemak terutamanya yang akan berkumpul di bahagian perut.

5.       Makanan pedas.
Pengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin menyebabkan heartburn. Keadaan ini akan menyebabkan tidur lena anda terganggu dan kemungkinan perut juga turut meragam.

Lawak Ohh Lawak...




Lawak 1: Ohh my English!!!
Pemandu teksi: Hi sir, wecam (welcome) to Kuching, Sarawak
Pelancong : Hi..  oohh.. I don’t bring along my webcam….Can u drive me to Four Point Hotel?
Pemandu teksi: Oohh.. I see.. u want to hotel.. ok..ok…sir..
Dalam perjalanan , pelancong itu bertanya tempat  menarik di Kuching.
Pelancong : May I know where is are good place to go shopping?
Pemandu teksi: shopping sir?? You bole go Spring..
Pelancong: Spring?? Owhh no..no.. now is not Spring season at Australia.. Now is summer..
Pemandu teksi: Summer?? Summer not open.... Still make (under construction) …
Pelancong : make what?
Pemandu pelancong: make summer….
Pelancong : @@@@???



Lawak 2:Kurang faham..
Seorang pakcik pekak sedang memotong kayu di depan rumah dan didatangi oleh adik ipar nya Abu..
Abu: Apakhabar bang?
Pakcik: owwhh.. Abu.. hari ini dia tidak datang sebab dia kurang sihat.
Abu: sapa?
Pakcik : Pak Kabar…. Kamu datang sorang je Abu?
 Abu: tidak.. saya datang dengan kawan saya Esmat Bakar.. datang cari burung…
Pakcik: hang wat x cakap awal awal.. kemarin abis di belakang rumah itu saya bakar..
Abu: Abang bakar apa?
Pakcik: bakar tempurung…
Abu: (geleng kepala).. Bang, kawan saya itu mahu singgah sebentar di rumah ini.. Mahu rehat katanya..
Pakcik: Mak Wan memang sihat Abu.. baru kemarin abang jumpa dia di kedai Pak Hasim..
Abu: @@@@@@@@@ malas ku cakap dengan dia ini…(monolog)